Sabtu, April 25, 2009

ANUGERAH PEKOMIK 2009






Anugerah Pekomik 2009 dah pun berlangsung petang tadi. Antara yang menang besar adalah Azhar Abdullah( yang menang macam Slumdog Millionaire, kata Imuda). Tahniah! Untuk keputusan penuh, sila semak kat website PEKOMIK.






Gembira dapat jumpa kawan-kawan lama dan baru. Antara kartunis Gila-Gila yang ada,Ujang, Aza, Nat...Nud's dan Ramzahurin ada kat gerai CESB, tak pasti diorang turun ke tak.. dan pastinya Big Boss Gila-Gila, En Jaafar Taib. Dato Lat dan Gayour pun ada... dan ramai lagilah.






Apapun, tahniah kepada semua pemenang. Tahniah juga pada Presiden dan Ajk PEKOMIK kerana berjaya merealisasikan majlis ini. Semoga dapat diteruskan di tahun-tahun hadapan.... Err lepas ni boleh buat kat dewan yang besar sikit tak?



Gambar ni ambil dari Pergh.com.. Duduk kat depan sekali, sebelah kanan saya Nat dan Gayor.

Tiada ulasan: