Khamis, April 30, 2009

Sabtu, April 25, 2009

ANUGERAH PEKOMIK 2009






Anugerah Pekomik 2009 dah pun berlangsung petang tadi. Antara yang menang besar adalah Azhar Abdullah( yang menang macam Slumdog Millionaire, kata Imuda). Tahniah! Untuk keputusan penuh, sila semak kat website PEKOMIK.






Gembira dapat jumpa kawan-kawan lama dan baru. Antara kartunis Gila-Gila yang ada,Ujang, Aza, Nat...Nud's dan Ramzahurin ada kat gerai CESB, tak pasti diorang turun ke tak.. dan pastinya Big Boss Gila-Gila, En Jaafar Taib. Dato Lat dan Gayour pun ada... dan ramai lagilah.






Apapun, tahniah kepada semua pemenang. Tahniah juga pada Presiden dan Ajk PEKOMIK kerana berjaya merealisasikan majlis ini. Semoga dapat diteruskan di tahun-tahun hadapan.... Err lepas ni boleh buat kat dewan yang besar sikit tak?



Gambar ni ambil dari Pergh.com.. Duduk kat depan sekali, sebelah kanan saya Nat dan Gayor.

Sabtu, April 18, 2009

Caricature: Architecture In Caricature











Writing about caricature again. I found( actually, i searched for it lah!) these interesting caricatures of famous architects by Louis Hellman. Hellman draws series of caricatures of architects in a way that reflecs their own architectural style.
I first saw Hellman's drawings during my university days in mid-1990s.The complete drawings can be found in his book, Archi-Tetes: The Id in the Grid. The Archi-tetes series was actually conceived in 1984 as an entry to a cartoon competition held by the Architectural Review magazine.








Here are few samples of Hellman's architects caricatures. I added the architects photos and their buildings.The first is Spain(read: Catalan) legendary architect, Antonio Gaudi, famous for his highly individualistic and unique, organic architecture. The second, Frank O. Gehry , the superstar architect famous for his curvaceous metal buildings. The third one is caricature of Prince Charles(.. Yup! The Prince of Wales) who was known to be an advocate of neo-traditional ideas.









Hellman himself is an architect and worked as cartoonist for Architectural Review magazine since 1967. Want to know who the Hell(man) is he? Go to louishellman.co.uk.
Enjoy!









Selasa, April 14, 2009

Ahad, April 12, 2009

KARTUN & EMAIL



Kartun ni saya buat untuk Gila-Gila... Loose (tak tahu kenapa ia dipanggil loose) 1 muka ini biasa je.. Saya dah buat beratus(ke beribu?) kartun macam ni.. Tak ada apa yang istimewa dengan kartun ini, kecuali... INILAH KARTUN PERTAMA SAYA YANG DIHANTAR KE PENERBIT MELALUI EMAIL! ..

Bayangkan, saya dah menghantar kartun untuk Gila-Gila sejak 1996 dan mendaftar email address saya yang pertama dalam tahun 1998... selepas 13 tahun melukis untuk Gila-Gila dan 11 tahun ada email address, akhirnya barulah hari ini kartun saya berjaya dihantar melalui email... hehehe.









Khamis, April 09, 2009

Sabtu, April 04, 2009

GILA-GILA 31 TAHUN!





Selamat menyambut ulang tahun ke 31... Tahniah kepada En. Jaafar Taib & co....

KARIKATUR



Rasanya semua kartunis boleh lukis karikatur, tapi karikatur bukanlah kekuatan saya... cuma kalau setakat nak buat karikatur muka saya sendiri... senang aje rasanya..Anak saya yang umur 3 tahun pun boleh buat, yang penting, bila kita lukis orang boleh kenal.


Konsep untuk buat karikatur mudah je.. kena tonjolkan kelebihan(ke kekurangan?) orang itu.. Contohnya, kalau hidung dia mancung, kita mancungkan lagi... kalau gigi dia jongang, kita jongangkan lagi..biasanya orang yang ada karakter yang kuat lebih senang dikarikaturkan... dan orang yang handsome, payah sikit nak lukis... kata ex-boss saya En Ahmad Hilmy.


Sekarang ni ramai kartunis yang cari makan sepenuh masa dengan melukis karikatur. Antara yang saya rasa hebat ialah Don, Kerengge, Ambo, Dato' Lat(semestinya lah).Saya juga suka style Maro(Utusan Malaysia)... Zunar pula lain sikit, sebab stroke dia macam sekeping, 2D, simple lines, tapi orang boleh kenal juga siapa yang dia lukis tu... hmmm


Yang ni saja buat untuk profil blog ni... colour pakai Photoshop... Baru belajar on-line, macam mana nak buat channel lineart,layer mana yang patut diwarna macam-macam lagilah benda basic yang saya tak pernah tahu.


Bukan tak pernah warna kartun pakai komputer, tapi dulu main ikut suka hati je.. pandai-pandai sendiri.. lagipun kat Gila-Gila dah ada colourist, diorang yang warnakan kartun saya... terima kasih ye.