Sabtu, Julai 04, 2009

SHAH-SHAWATI











Ini Shah-Shawati terbaru, yang disiapkan dalam masa 3 hari(yang terpantas bagi saya). Biasanya saya memerlukan 1 minggu untuk menyiapkan 4 muka Shah- Shawati.



Hari tu, saya ternampak Gila-Gila baru di kedai majalah. Cover oleh Jaafar Taib, isu pasal Along. Idea yang dia sebut2 masa jumpa dengan dia beberapa minggu lepas. Alamak, kartun yng saya janji hari tu tak star pun lagi huhu.. tu yang balik terus buat tu.. kena la buat sgera.



Elok dah siap 3 muka surat, Abang Mali call,tanya kartun... terus jawab, esok saya email. Fuuh, nasib baik le. Yang best pasal ada internet ni ialah kalau kita janji nak hantar 30 hb... pukul 12 malam pun boleh hantar lagi hehe.. dan itu le yang saya buat.. Nasib baik le Abang Mali ni kerja shift malam sampai pagi..



Dan lepas email kartun tu, saya tidur jap, bangun pukul 6, terus gerak ke Mersing. Bercuti 2 malam di Pulau Tioman dengan 2 adik dan family dia... Lepas ni Shah-Shawati kena buat cerita pasal Tioman le pulak.. boleh cover duit yang habis kat Pulau Tioman ni..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Amir,
Saya tak akan tanya apa-apa tentang Shah Shawati. Cuma nak tny:
diri sendiri, isteri, anak (anak2?) apa khabar?

amir berkata...

semua sihat2 je .. lama x jumpa cik adi..