Selasa, September 14, 2010

CARICATURE- FOR A FRIEND

laamaaa x update......

Ahad, Disember 13, 2009

Di Sebalik Nama: Kartunis arkitek



Dipetik dari Berita Harian 12 Disember 2009.Terima kasih Cik Diyanah Anuar.





Watak tomboy popularkan Amir

WATAK remaja tomboy, Shah-Shahwati cukup dikenali pembaca setia majalah humor, Gila-Gila. Kisah dan gelagat Shah-Shahwati menempuh zaman remaja menjadi tarikan kepada pembaca majalah itu terutama golongan remaja.

Karakter Shah-Shahwati adalah antara sentuhan hebat kartunis popular, Amir Astar. Personaliti Di Sebalik Nama minggu ini sudah berkecimpung dalam bidang kartun sejak 20 tahun lalu. Apa yang menarik, Amir masih aktif biarpun memiliki kerjaya tetap sebagai arkitek.

Cerita Amir, beliau adalah peminat setia majalah Gila-Gila sejak darjah satu dan tidak pernah ketinggalan mendapatkan naskhah majalah humor itu setiap kali ia diterbitkan.

Kunjungan Amir ke pameran kartun dan sesi bertemu peminat anjuran majalah Gila-Gila menambat hati beliau untuk terjun ke dunia kartunis.

Sejak dari itu, Amir tidak jemu-jemu melukis kartun dan menghantar karyanya ke majalah Gila-Gila. Malangnya, karyanya tidak pernah disiarkan hingga pada suatu hari, beliau mendapat panggilan dari Allahyarham Pak Jab atau Rejabhad yang mahu berjumpany

"Ketika itu saya berada di tingkatan dua. Pak Jab (Rejabhad) mempelawa saya untuk berkarya bagi majalah terbitan Creative.

"Apabila menerima peluang itu, saya teruja dan terus bersetuju. Sejak itu, saya sering menghantar karya dan kerap tersiar di ruangan kecil dalam Gila-Gila," katanya yang 'bercuti' sementara daripada berkarya untuk menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas tamat tingkatan lima, Amir kembali aktif dan menghantar karyanya ke beberapa majalah lain seperti Gelihati, Gelagat dan Humor.

Ikuti perjalanan seni Amir...



Ketika ditawarkan berkarya untuk majalah Humor pada usia yang masih muda, apakah anda sudah terfikir untuk menjadi kartunis sebagai kerjaya tetap?

Saya fikir, saya masih boleh menghantar karya walaupun tidak bekerja secara tetap. Lagipun, peluang melanjutkan pengajian diterima sebaik tamat persekolahan, jadi saya teruskan pengajian dalam bidang seni bina sambil berkarya.

Bagaimana watak kartun Shah-Shawati tercipta?

Selepas menyertai pertandingan bakat baru yang dianjurkan Gila-Gila, saya dan beberapa kartunis muda lain dipanggil editor, Adi Alhadi. Beliau bertanya siapa antara kami mahu menghasilkan watak kartun tomboy. Lalu saya menawarkan diri untuk melakukannya.

Mungkin idea untuk mewujudkan watak Shah-Shahwati ini adalah untuk memberi kelainan dalam watak kartun tempatan.

Sukar atau tidak menulis kisah tomboy ini? Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk mencipta watak Shah-Shahwati?

Bagi saya tidak sukar. Apa yang saya lihat di sekeliling, itulah yang mendatangkan ilham. Lagipun, individu tomboy ini mudah dilihat di mana-mana. 'Tugas' ini saya terima pada 1995.

Saya diberi tempoh menyiapkan sketch kartun ini selama dua minggu. Editor memberi maklum balas baik. Selepas diluluskan, saya terus menghasilkan beberapa siri Shah-Shahwati dan mula disiarkan pada Januari 1997.

Pihak pengurusan mengumpul beberapa siri karya, menyimpannya disiarkan satu persatu.

Tidakkah komitmen berkarya mengganggu tumpuan anda terhadap pengajian pada awalnya?

Tidaklah begitu mengganggu. Cuma, apabila deadline menghantar karya bertindih dengan waktu di mana saya perlu menyiapkan tugasan pengajian, saya jadi lebih sibuklah. Bagaimanapun, saya boleh menguruskannya kerana sudah dimaklumkan tarikh karya perlu dihantar.

Jadi, saya rancang kedua-dua kerja ini sebaik-baiknya. Berkarya mendatangkan sumber kewangan kepada saya. Mewah jugalah saya ketika itu, biarpun masih bergelar penuntut. Sebab itulah saya berusaha menghantar karya biarpun sibuk belajar.

Selain menjadi sumber wang saku ketika belajar, apa lagi faktor yang mendorong anda berkarya?

Banyak perkara. Mula-mulanya kerana minat. Apabila sudah mendapat peluang, matlamat kita tentunya melihat karya disiarkan dan nama terpapar di ruang editorial.

Selepas karya kartun kecil, kita hendak lihat pula karya disiarkan penuh muka surat. Selepas itu, lebih daripada satu muka surat disusuli karya terpampang di muka depan atau kulit majalah. Saya sudah merasakan semua itu sepanjang menjadi kartunis.

Pada pandangan anda, apa agaknya tarikan watak dan siri Shah-Shahwati?

Mungkin kerana ia berkisar kisah budak sekolah. Jadi, ia dekat dengan pembaca yang kebanyakannya golongan muda. Selain itu, pembaca mungkin sukakan lukisan kartun ini.

Pernah anda dikritik kerana watak Shah-Shahwati memaparkan remaja berperwatakan tomboy?

Setakat ini belum ada. Ini kerana kisah yang disiarkan dalam siri Shah-Shawati bukanlah dari sisi negatif tomboy. Ia kisah kehidupan biasa, cuma watak utamanya membabitkan gadis berambut pendek.

Humor yang dipersembahkan majalah Humor selepas Gila-Gila agak berbeza berbanding pada era Gila-Gila. Apa pandangan anda mengenai perkara ini?

Ia seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam masyarakat. Bagi majalah yang terbit selepas era Gila-Gila, tentunya ingin menampilkan idea dan konsep berbeza.

Lawak yang ditampilkan lebih santai dan dapat dilihat, banyak perkataan atau istilah baru dicipta hingga menjadi ikutan masyarakat. Tidak dinafikan, ada karya dalam majalah ini mempunyai pengaruh yang kuat.

Apa perasaan anda berpeluang bekerja dengan beberapa nama besar dalam industri ini?

Seronok dan rasa bertuah dapat bekerja dengan individu yang sebelum ini kita ikuti perkembangannya sebagai peminat. Peluang bekerja dengan mereka memberi ruang kepada saya menimba ilmu.

Agaknya sampai bila anda mahu melukis kartun?

Selagi saya mampu untuk berkarya dan selagi ada permintaan, saya akan terus berkarya. Dengan komitmen kerja dan keluarga, saya cuba mencuri masa untuk menghasilkan karya kepada majalah Gila-Gila.

Jika tidak melukis untuk tempoh yang agak lama, sukar juga mendapatkan 'touch' lukisan kita.

Isnin, Disember 07, 2009

KARTUN PERTAMA



Selepas beberapa kali ke Bengkel Kartun Allahyarham Rejabhad, akhirnya kartun pertama saya disiarkan dalam ruangan Senyum Kampus,Majalah Gila-Gila 1 November 1989.. err dah 20 tahun rupanya.. Pada masa yang sama sekeping lagi kartun saya tersiar di majalah Gelihati, dalam ruangan bakat baru yang dikelolakan oleh Namron..




Khamis, September 10, 2009

Selasa, September 01, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA KE-52


Baru beli buku biografi dalam bentuk kartun yang menarik.. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ oleh E.YU di MPH. Masa nampak diorang display tu, ingatkan Nud's a.k.a Nudin yang lukis..


Buku setebal 239 muka surat ini menceritakan kisah hidup Tunku dari kecil hinggalah berjaya mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Lukisannya simple dan penuh informasi.



Tahniah E.Yu di atas kelahiran buku yang menarik ini. E.Yu juga telah mempunyai satu lagi biografi kartun bertajuk MAHATHIR MOHAMAD.


Sabtu, Ogos 29, 2009

Selasa, Ogos 18, 2009

EPL IS BACK!


EPL is back.. with new season, new players, new coaches.. and new bill .. err...on us..

Sabtu, Julai 04, 2009

SHAH-SHAWATI











Ini Shah-Shawati terbaru, yang disiapkan dalam masa 3 hari(yang terpantas bagi saya). Biasanya saya memerlukan 1 minggu untuk menyiapkan 4 muka Shah- Shawati.



Hari tu, saya ternampak Gila-Gila baru di kedai majalah. Cover oleh Jaafar Taib, isu pasal Along. Idea yang dia sebut2 masa jumpa dengan dia beberapa minggu lepas. Alamak, kartun yng saya janji hari tu tak star pun lagi huhu.. tu yang balik terus buat tu.. kena la buat sgera.



Elok dah siap 3 muka surat, Abang Mali call,tanya kartun... terus jawab, esok saya email. Fuuh, nasib baik le. Yang best pasal ada internet ni ialah kalau kita janji nak hantar 30 hb... pukul 12 malam pun boleh hantar lagi hehe.. dan itu le yang saya buat.. Nasib baik le Abang Mali ni kerja shift malam sampai pagi..



Dan lepas email kartun tu, saya tidur jap, bangun pukul 6, terus gerak ke Mersing. Bercuti 2 malam di Pulau Tioman dengan 2 adik dan family dia... Lepas ni Shah-Shawati kena buat cerita pasal Tioman le pulak.. boleh cover duit yang habis kat Pulau Tioman ni..

Jumaat, Jun 05, 2009

TRANSFORMERS - FAN ART GALLERY





Here is gallery of the best Tranformers fan art, desktop wallpapers, animated gifs etc.








GILA-GILA NO. 700!!!!...


Pagi Rabu lepas, sebelum masuk ofis, masa nak gi breakfast singgah kedai nak beli paper dulu. Ternampak Gila-Gila terbaru... dan kat cover yang dilukis oleh Jaafar Taib tu ada tulis nombor 700!


Waa... bayangkan , dah 700 kali Gila-Gila diterbitkan sejak 31 tahun yang lepas... satu pencapaian yang membanggakan!Ini dah kira tahap legend dah nih.


Dan sambil tu, saya berkira-kira...sejak 1996, sekurang-kurangnya saya dah terlibat dalam lebih kurang 200 keluaran Gila-Gila.. huhu.. kira ok le, boleh di'associate'kan dengan unsur-unsur legend nih.


Dan petang ni, saya nak kena jumpa orang no 1 dalam Gila-Gila nih... mmmm.. ada cerita apa lah agaknya...


Selasa, Mei 26, 2009

ALWAYS LOOK AT THE BRIGHTER SIDE OF THINGS







A friend sent me an email of this interesting cartoon. Scroll downwards and enjoy!


































Ahad, Mei 17, 2009

HERE'S MY CARD...

FEW YEARS BACK..
























NOW..